Ingat nak sambung cerita selepas hari pertama sampai di London. Tetapi hari ini terpaksa menemani anak saya Fahmy ke Hospital Pakar Puteri, JB untuk medical check up. Dia dapat tawaran melanjutkan pelajarannya ke peringat Ijazah di UITM Shah Alam. Dia kena lapur diri pada 5hb Julai depan. Mudah-mudahan dia berjaya dengan cemerlang kami doakan.
Wednesday, June 24, 2009
بسم الله الرحمن الرحيم Sebok sikit hari ini...
Ingat nak sambung cerita selepas hari pertama sampai di London. Tetapi hari ini terpaksa menemani anak saya Fahmy ke Hospital Pakar Puteri, JB untuk medical check up. Dia dapat tawaran melanjutkan pelajarannya ke peringat Ijazah di UITM Shah Alam. Dia kena lapur diri pada 5hb Julai depan. Mudah-mudahan dia berjaya dengan cemerlang kami doakan.
Tuesday, June 23, 2009
بسم الله الرحمن الرحيم Bermulanya disini...
Penginapan kami di "Mews" yang dibelakang pejabat MSD. Nama Mews ini diambil kerana deretan bangunan ini adalah terletak di Lorong Bryanston Mews.Jam 6.00 pagi, hari Sabtu tanggal 9hb Disember 2000 (kalau tak salah 9 Ramadan), pesawat MAS yang kami naiki telah selamat mendarat di Lapangan terbang Heathrow, London. Saya ditemani oleh isteri dan anak bongsu saya, Fahmy yang ketika itu berusia 11 tahun.
Ketibaan kami disambut dengan mesra oleh Warden Malaysia Hall, Encik Sakeran Osman, Cik Halimah dan Cik Mazni. Cuaca ketika itu amat sejuk sekali.
Lebihkurang setengah jam perjalanan dari Heathrow kami sampai di MSD Bryanston Square, dan kami tiga beranak ditempatkan sementara di 'MEWS' iaitu rumah penginapan di belakang MSD yang juga dibawah jagaan MSD.
Di Mews tersebut ada sebuah bilik besar, bilik tamu/makan dan dapur sesuai untuk keluarga kecil.
Setelah habis memunggah semua bagasi dan kotak-kotak berisi bermacam-macam benda dan kueh-kueh raya (maklumlah dan nak dekat Hari Raya), kami mengucap terima kasih kepada tiga warga MSD yang menyambut kami tadi.
Badan pun terasa letih akibat 14 jam perjalanan, dan pertukaran cuaca serta 8 jam lebih muda, kami berehat sambil memikir apa yang akan bakal kami lalui selama tinggal di England untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab bertugas di MSD dan hidup di negeri orang.
Walaupun berpuasa, kami tak sedikit pun merasa lapar. Tambahan pula En. Sakeran memberitahu bahawa waktu berbuka puasa di London ketika itu ialah jam 4.40 petang. Dia juga memberitahu bahawa Kantin Malaysia ada di bahagian 'basement' MSD.
Kira-kira 1 jam sebelum waktu berbuka, saya kenalkan diri saya kepada Caterer Kantin, iaitu TOKDIN, dan beliau memang baik hati dan ramah orangnya. Kami tiga beranak dijemput berbuka puasa di Kantinnya dan beliau tidak meminta apa-apa bayaran pun. Terima kasih Tokdin ye...
Kami juga diberitahu bahawa Surau ada Tingkat I, dan waktu sembahyang terawih bermula jam 8.30 malam. Alhamdulillah dapat kami berterawih pada malam itu dengan berimamkan Atase Pendidikan, Ustaz Anwar dan bilalnya Hj. Zainal Sikum.
Lepas terawih ada jamuan sikit di Dewan Malaysia dan kami beserta jemaah yang terdiri dari rakyat Malaysia dan penuntut Malaysia yang tinggal atau berkunjung ke London bersama menjamu selera dan memperkenalkan diri dan keluarga saya. Alhamdulillah malam pertama di London dah ramai kenalan. Kira-kira jam 10.30 malam semuanya bersurai.
Subscribe to:
Comments (Atom)